3 Perkara Yang Korang Tak Boleh Buat Kalau Masih Tak Pandai Berenang!

Mungkin korang baru je nak belajar berenang atau masih tak berapa mahir dalam air. Tapi tak pe, semua orang ada permulaan. Sebelum korang terjun ke kolam dengan penuh semangat, jom kita tengok 3 perkara yang korang memang tak boleh buat kalau masih tak pandai berenang. Ingat, keselamatan adalah nombor satu!

1. Jangan Sesekali Terjun Ke Kawasan Dalam

Mungkin nampak seronok bila tengok orang lain terjun dan berenang kat kawasan dalam, tapi kalau korang masih tak pandai berenang, ini adalah NO. Kawasan dalam memerlukan kemahiran renang yang baik , terutamanya bila berlaku kecemasan, jika tak tahu berenang korang boleh tenggelam dan lemas. Nak selamat, belajar kat kolam cetek dulu. Perlahan-lahan, baru pindah ke kolam yang lebih dalam bila dah confident.

2. Elakkan Aktiviti Air yang Ekstrem

Jet ski, banana boat, atau parasailing nampak seronok, tapi aktiviti-aktiviti ni memerlukan kemahiran renang yang mantap. Kalau korang masih tak reti berenang, lebih baik elakkan dulu. Kalau terjadi kecemasan, korang mungkin tak dapat handle situasi. Jadi, ambil masa belajar berenang sampai mahir sebelum join aktiviti-aktiviti ni.

3. Jangan Berenang Jauh

Kalau kat pantai, memang seronok mandi sambil main ombak. Tapi kalau korang tak pandai berenang, jangan main jauh dari pantai . Ingat ombak boleh jadi kuat dan arus bawah boleh tarik korang ke tengah laut. Pastikan korang sentiasa berada dalam kawasan yang selamat dan dekat dengan bantuan kalau diperlukan.

Kesimpulannya, nak enjoy bila main air ni, kenalah tahu berenang, andai kata berlaku apa-apa kecemasan nanti senang. Ingat, belajar berenang adalah satu proses yang memerlukan kesabaran dan latihan yang konsisten. Jangan malu untuk mula dari bawah dan minta bantuan dari jurulatih yang berpengalaman. Yang penting, utamakan keselamatan korang dulu. Happy swimming, guys!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top